LANGKAH-LANGKAH APABILA BERLAKU KEMALANGAN MELIBATKAN KENDERAAN SYARIKAT

1. Pemandu atau penumpang (bergantung kepada keadaan) hendaklah membuat laporan kepada Jabatan Pentadbiran dengan kadar serta merta dan pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan itu berlaku.

08 Feb 2013

2. Pemandu atau penumpang seterusnya perlu memaklumkan dan menerangkan bagaimana kemalangan boleh berlaku. Laporan peribadi dan laporan polis (yang disahkan) atau resit laporan polis hendaklah dihantar kepada Jabatan Pentadbiran RWS.

3. Jabatan Pentadbiran seterusnya akan membuat pemeriksaan kenderaan iaitu dengan tindakan seperti berikut :

a. Ambil gambar
b. Semak Status Kerosakan
c. Sediakan Laporan

4. Seterusnya, keputusan akan akan ditentukan oleh Jabatan Pentadbiran ke atas tindakan yang perlu dibuat selanjutnya. Dalam pada masa yang sama, kenderaan sementara akan disediakan jika ada.

5. Segala urusan tuntutan insuran akan diuruskan oleh Jabatan Pentadbitan dengan mengemukan butiran maklumat berikut :

a. Pengenalan Pemandu
b. Pengenalan Saksi ( Jika ada )
c. Geran Kenderaan
d. Insuran cover note
e. Cukai Jalan
f. Gambar Yang Berkaitan
g. Salinan Laporan Polis Yang Telah Disahkan
h. Borang Tuntutan Yang Telah Diisi

6. Tindakan yang akan diambil oleh pihak Insuran boleh dalam dua keadaan :

a. Jika tindakan dibuat oleh RWS iaitu dengan mengemukakan cadangan kepada pihak Insuran di mana pembaikan boleh dibuat. Jika pihak Insuran setuju maka pihak RWS akan menghantar kenderaan tersebut ke bengkel yang telah dibenarkan oleh pihak Insuran. Segala bayaran akan dibuat oleh pihak RWS dahulu dan RWS akan membuat tuntutan kepada phak Insuran.

b. Jika tindakan dibuat sepenuhnya oleh pihak Insuran, pihak RWS akan menghantar pegawai Jabatan Pentadbiran untuk menjadi saksi semasa "Adjuster" membuat penilaian kerosakan. Tuntutan kerosakan adalah seperti berikut :

i. Segala Kos Kerja-Kerja Baikpulih Dan Alat Ganti
ii. Kos Tidak Dapat Menggunakan Kenderaan Mengikut Hari, Nilai adalah Bergantung kepada keadaan semasa.
iii. Kos-Kos Rawatan Kesan Dari Kemalangan
iv. Kos Tidak Dapat Kerja. Nilai Adalah Bergantung kepada kadar Gaji Pegawai Terlibat (Mengikut Hari)
v. Lain-lain Kos Pengurusan Berkaitan Urusan Tuntutan.

7. Kerani Kenderaan akan membuat pemeriksaan akhir sebelum kenderaan diterima.

8. Kerani Kenderaan menghubungi pihak Insuran bagi tuntutan semula daripada pihak ketiga jika ada.

9. Kenderaan yang telah siap dibaikpulih diserahkan semula kepada pemilik asal atau lain-lain keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pentadbiran.

Emergency Contacts

Polis: 999

Bomba: 999

JPAM: 999

RWS Contacts

Panel Clinics