EDARAN E-BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEPUASAN PEKERJA BAGI AKHIR TAHUN 2018 Featured

Untuk makluman semua anggota, syarikat sedang menjalankan kajian mengenai tahap kepuasan anggota terhadap perkara-perkara dibawah:

 

i. Pakej Ganjaran dan Pembangunan Kerjaya

ii.  Program Latihan

iii. Prestasi Syarikat

iv. Komunikasi, Kerjasama dan Saluran Permasalahan

v. Budaya kerja berprestasi tinggi

vi. Pengurusan Prestasi Anggota

vii. Penilaian Terhadap Keseluruhan

Data mengenai tahap kepuasan anggota terhadap setiap perkara tersebut akan diambil melalui pengedaran E-Borang Soal Selidik yang WAJIB diisi oleh semua anggota.  Tujuan kaji selidik ini adalah untuk membuat penambahbaikan  terhadap proses sedia ada dan semua anggota hendaklah mengisi E-Borang secara dalam talian sebelum 9hb Januari 2019. Sila klik kepada link dibawah untuk menjawab soal selidik tersebut:

 

https://goo.gl/forms/PM3C1PNpg8Arolm12

 

Lampiran adalah Memo mengenai edaran E-Borang Soal Selidik yang ditandatangani oleh En. Khairul Effendy bin Tusam, Ketua Pegawai Eksekutif RWS.

*Mana-mana anggota yang mempunyai tempoh perkhidmatan kurang dari 6 bulan hendaklah menjawab tidak berkaitan bagi soalan 2.3 B, 2.3 C dan semua soalan di bahagian 6.2.

 

-Jabatan Sumber Manusia RWS

Read 470 times

Emergency Contacts

Polis: 999

Bomba: 999

JPAM: 999

RWS Contacts

Panel Clinics