PELANCARAN SISTEM SUMBER MANUSIA - RANHILL EMPLOYEE SYSTEM (RES) Featured

Assalamualaikum/Salam Sejahtera ,

Pelancaran sistem baru Sumber Manusia, Ranhill Employee System (RES) akan dilaksanakan pada hari ini iaitu,12 Disember 2018 (Rabu). Semua anggota akan diberikan nombor anggota yang baru (6 Digit) berserta dengan kata laluan sementara untuk mengakses sistem RES. Nombor anggota yang baru akan di berikan melalui email bagi anggota yang mempunyai email RWS dan bagi yang tiada email RWS, nombor anggota telah diedarkan melalui surat. Semua anggota diwajibkan untuk terus menukar kata laluan yang baru setelah berjaya log masuk untuk kali pertama sistem baru ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 RES ini hanya boleh digunakan untuk anggota menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi anggota dan keluarga serta bagi pemprosesan cuti sahaja. Bagi kemudahan-kemudahan yang lain hanya boleh digunakan apabila diberitahu kelak. Semua anggota diwajibkan untuk mengemaskini maklumat peribadi dan keluarga dari semasa ke semasa.

Untuk makluman semua anggota, baki cuti yang dipaparkan di RES adalah baki sehingga 22 November 2018. Segala permohonan cuti melalui borang sepanjang pembekuan permohonan cuti melalui sistem sebelum ini akan dikreditkan di RES setelah sistem ini dilancarkan. Pihak Sumber Manusia dalam proses mengemaskini permohonan cuti tersebut ke dalam RES dari semasa ke semasa. Anggota juga perlu menyemak sekiranya terdapat transaksi permohonan cuti yang tidak dimasukkan ke dalam RES sekiranya telah memohon cuti tersebut pada sistem ESS sebelum ini. Sila maklumkan segera kepada pihak Sumber Manusia untuk dikemaskini.

Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amat kami hargai. Sebarang kesulitan yang berlaku adalah amat kami kesali.

-RWS HR

Read 418 times

Emergency Contacts

Polis: 999

Bomba: 999

JPAM: 999

RWS Contacts

Panel Clinics